Wednesday, December 24, 2008
Posted by: Syarif Tagok
Time: 12/24/2008 10:06:00 PM
Comments: 0
Beliau berhijrah dahulu.
it would be easier for me to say it all in Malay;


23rd December 2008.
Bersamaan dengan 26 Zulhijjah tahun 1429 Hijriah.
11:36:50 pagi.
Aku kehilangan seorang bapa saudara. Abang kepada ibuku.
Keluarga besarku kehilangan seseorang yang amat disayangi.

Allahyarham Tubi Bin Kasdi
55 tahun.
Bapa kepada kedua abang-abang saudaraku.
Lebih dikenali dengan panggilan "Wak Stu"
Seorang pakcik yang begitu ceria dan lucu.
Beliau pasti ada kejutan yang dapat mengukir senyuman lebar di wajah semua.
Seorang yang amat pemurah.
Pakcikku kaya dengan kasih sayang.

Wak Stu pergi begitu mendadak.
Suatu tragedi yang sungguh kami tidak sangkakan.
Walau sempat aku menjengoknya beberapa jam sebelum pemergiannya,
Tidak sempat kami semua lihat beliau sadar kembali apabila beliau terlantar di ICU.
4 hari doktor jangkakan, hari yang ke-4 lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Tapak sepatuku di luar masih dilumuti dengan tanah perkuburan.
Kali terakhir aku menyaksikan ahli keluargaku dikebumikan adalah 2 tahun yang lalu.
Arwah datukku yang sudah lama sakit tua.
Namun kali ini berbeza.
Orang yang aku langsung tidak sangkakan telah pergi selamanya.
Menggigil tangan abang saudaraku ketika menyiram air pada makam ayahnya yang masih
segar.

Suasana begitu hiba, melihat wajah2 yang pilu mengenangkan nasib arwah.
Aku sama sekali tidak dapat menahan setitis air mataku pun.
Sebaik sahaja jenazah dibawa pulang dari hospital, sehinggalah aku meninggalkan tempat perkuburan.
Sesungguhnya aku ini seorang yang lembut hati.
Aku biarkan diriku menangis sepuas-puasnya.
Peduli apa dengan kata-kata abangku.
Aku pegang lengan arwah, menggigil jiwaku.
Pakcikku sudah tiada.

Sehingga kini hatiku masih kurang selesa.
Mengenangkan arwah.
Hairan. Terperanjat.
Begitu cepatnya semua berlaku secara tiba-tiba.

Sesungguhnya bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia.
Di waktu para-para jemaah pulang dari ibadah haji.
Wak Stu telah berhijrah ke alam yang lain.
Beliau berhijrah meninggalkan keluarga besarnya kerana satu perkara,
Tuhan lebih menyayanginya.

Ku memohon agar para pembaca dapat meringankan tangan dan meluangkan masa
untuk menyedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah pakcikku dengan seikhlas hati.


Entah bila pula giliranku.
Adakah ramai ahli keluarga dan teman-temanku yang akan datang untuk melihatku pergi?
Kata pepatah,
" Setibanya kita dilahirkan ke dunia, kita pasti menangis manakala orang-orang di sekeliling tersenyum kegembiraan akan kehadiran kita.
Namun, tidak semua yang akan tersenyum ketika meninggalkan dunia sementara orang-orang disekelilingnya pula yang akan menangis-nangis akan pemergiannya.
Sesungguhnya orang itu tergolong daripada orang-orang yang beriman dan amat disayangi orang ramai."

Mahukah kamu tergolong dalam golongan orang sebegitu?
Aku sudah tentu mahu.
Adakah kita akan tergolong dalam golongan orang yang beriman sebegitu?
Wallahhuallambisawab.


Wassalamualaikum warahmatullahhitaa'la wabarakatu.



Syarif Tagok ♥
& I welcome you with a :)
So be nice please.

Shall sign up for Twitter soon :)

Best Viewed Using: Mozilla Firefox

The Way I Blog Would Somehow
Require You To Think Out Of The Box
So Start Thinking